Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

by


Pada 19 July 2012 ikon superstar Bollywood Rajesh Khanna telah meninggal dunia di dalam usia 69 tahun. Beliau merupakan pelakon kacak dan dipuja-puja dalam sekitar tahun 60an dan 70an bukan setakat di India tetapi juga di Malaysia.

Pawagam-pawagam terkenal di negara ini seperti Odeon, Cathay dan Coliseum tidak pernah sunyi dan putus dengan filem-filem Hindi dan gema lagu-lagu Hindustan termasuklah filem-filem lakunan Rajesh Khana. Masyarakat Melayu ketika itu dibuai dengan fantasi kecantikan dan berlumba-lumba membeli bedak ketol Cap Nyonya disapu di muka agar cantik macam pelakun filem Hindustan.

Satu keunikan filem Hindustan atau Bollywood ialah paparan kecantikan yang terlampau dalam filem mereka, baik dari lokasi pengambarannya, hero dan heroin nya sehinggalah kemerduan suara penyanyinya.
Kecantikan nya sungguh idealistik yang kadangkala kecantikan itu adalah fantasi semata-mata. Begitu juga kemerduan suara penyanyi mereka yang seringkali dinyanyikan orang yang sama seperti  Asha Bosley, Mohd Raffi, Kishok Kumar, Lata Mangeshkar dan beberapa lagi yang umor mereka  jauh lebih tua dari pelakun-pelakun jelita tersebut.

Rajesh Khana mula tengelam dengan kemunculan pelakun yang lebih kacak era Amitabth Bachan dan lain-lain. Pelakon datang silih berganti dan suara penyanyi yang sama masih segar di belakang layar perak. Penonton tertipu lagi dengan suara dan kejelitaan.

Hari ini generasi baru lebih realistik dan ingin melihat realiti di hadapan mereka dan hiduplah program-program realiti. 




Hahahaha tidur lg banyak dari posa..kalau ditanya dijawabnya dpt pahala tido isk2 hehehehe....tp lebih baik dari tak posa..kalau tak tahan sgt takpe lah..terutamanya budak2 lah..yg bapak budak toksah duk buat k..hodoh bebenor hahaha..




DI TENGAH-TENGAH kesedihan khabar saudara-saudara kita dibantai di Myanmar, ternyata ada saja personal-personal tidak bertanggung jawab merekacipta beberapa foto yang sebenarnya bukan foto pembantaian kaum Muslim di sana, namun di klaim, itu adalah foto kaum Muslim yang dibantai. Dan parahnya beberapa aktivis dakwah melalui akaun-akaun facebooknya pun langsung percaya dan disebarkan.

Sumber foto aslinya :
Aktivis di tibet berdemo sambil membakar diri.
Tibetan Activist Sets Himself On Fire To Protest Chinese President's Visit To India [PHOTOS] - International Business Times

Gempa di Tibet Menelan Banyak Korban.
ཆུ་འིགས་སྔོན་མོà½*འ²à¼‹à½Ÿà½²à½“་བྲིས༠- བོད་ཀྱི་དུས་བབà¼

Sungguh ini adalah perkara yang tidak ahsan, tidak cerdas, dan mengundang fitnah. Padahal Allah SWT dalam berfirman demikian :
  • يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ ۚ ٱعْدِلُوا۟ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ  Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ~Qs.Al-Maaidah~Ayat:8

Wahai ikhwan wa akhwat, ketahuilah sejahat apapun hal-hal dikatakan oleh kaum kufar, kita tetaplah perlu menunjukkan dan menceritakan berita sesuai keadaan faktanya.. Dan janganlah mengada-adakan cerita yang membuat kaum lain meragukan kejujuran kita.

Berkait dizalimi & dibantainya saudara-saudara kita di Myanmar.Semoga Allah segera memberi pertolongan kepada kaum Muslim di Myanmar, di Palestin, di Suriah (Syria), dan di seluruh dunia.

SUMBER : ZILZAAL: FOTO DUSTA TENTANG PEMBANTAIAN BURMA



6IXTH SENSE buat pertama kali muncul dengan sebuah album kerohanian dan kemanusiaan yang diberi judul Tentang Kita. 

 HALAMN HIBURAN
 TERKENAL menerusi untaian lagu cinta, grup 6ixth Sense kini kembali dengan album terkini. Menariknya, album kali ini dibikin khusus sempena kedatangan Ramadan kerana ia merupakan sebuah album berunsur kerohanian.

Sengaja memilih judul Tentang Kita, ia dianggap sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan.

Himpunan lagu yang dipilih juga berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian manusia, khususnya yang masih mencari kedamaian (peristiwa di Syria dan masalah rumah tangga), pencarian kasih sayang (daripada Allah, para Rasul serta ayah dan ibu), penemuan keredaan dan bantuan Tuhan serta khusus untuk para Muslimin yang menagih syafaat Rasul (ikon terbaik).

"Ini merupakan kali pertama Sixth Sense lahir dengan sebuah album penuh yang kesemua lagu berkonsepkan kerohanian.

"Ia juga merupakan kelainan yang cuba kami tampilkan kepada para peminat. Sebelum ini kami ada menghasilkan lagu-lagu sebegini, (kerohanian) tetapi lirik yang berunsur kerohanian tidaklah terlalu mendalam seperti Khatimah Cinta," ujar vokalis 6ixth Sense, Adi.

Sambutan yang baik daripada peminat kerana berpendapat ia mempunyai keistimewaan tersendiri.
Ujarnya: "Selain itu kami anggap kelahiran album ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana lirik-lirik lagu dalam album ini yang banyak mengandungi unsur-unsur nasihat serta mampu memberikan mesej yang positif kepada pendengar."

Tentang Kita mengandungi lagu-lagu seperti Ayah Dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat) yang mendapat sentuhan susunan muzik yang direncana 6ixth Sense sendiri turut dimantapkan dengan bunyi strings oleh Dimawan Krisnowo Adji Sa'unine Strings.

Album tersebut turut dimuatkan dengan beberapa buah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz, tetapi diberi nafas baharu oleh grup ini. Mereka juga merakamkan album tersebut di tiga buah studio berbeza iaitu Hijjaz Studio, King's Studio dan Studio 18.

Bercakap mengenai proses menyudahkan Tentang Kita, Adi mengaku mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran.

"Tidak dinafikan kami turut berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan album ini, terutamanya susunan muzik yang tidak boleh terlalu keras dan perlu memilih lagu yang sesuai agar dapat diterima ramai. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar sehingga pembikinan album ini selesai," ujarnya.

Harapan mereka juga, agar album tersebut dapat memberi manfaat kepada semua pendengar melalui dakwah secara seni. Sementara itu, lagu baharu berjudul Altar Cinta ciptaan penuh Adi, bakal menemui peminat yang menantikan sentuhan baharu mereka yang semakin popular selepas muncul dengan album mereka yang berjudul, +-x÷.

Malah, lagu berkenaan telah diperdengarkan secara serentak menerusi radio utama tempatan pada 18 Julai lalu. Sebelum ini, mereka tampil dengan single pertama menerusi album ini dengan lagu menampilkan kumpulan nasyid Saujana berjudul Penerang Hati ciptaan Faiz Azizi Arlis atau Gjie dan semakin mendapat tempat di carta radio tempatan, malah mula menjadi pilihan di pusat karaoke seperti Red Box. - RONI HIDAYAT RIDWAN (Kosmo)



 Kuliah URA (Universiti Ramadhan Al-Mubarak) siri 5 

TIBA bulan puasa ni, ramai yang bertanya berkenaan dengan qadha' dan fidyah. Aku sediakanlah serba sedikit berkenaan hal-hal demikian. Aku rujuk Fiqh Manhaji (Fiqh Mazhab Syafei) jer.

1. Musafir dan Sakit
  • Meninggalkan puasa kerana dua sebab ini wajib qadha' sebelum datang Ramadhan akan datang.
  • Kalau dia lengah-lengah (malas) sehingga masuk Ramadhan berikutnya dia BERDOSA wajib qadha' dan fidyah.
  • Kalau sakit bertahun-tahun dia hanya perlu qadha' tak perlu fidyah.
  • Sekiranya dia mati dan tak sempat qadha', jadi dia tak berdosa dan tak perlu minta orang lain qadha'kan kerana dia tidak melalaikannya (qadha' puasanya).
  • Sekiranya dia mati dalam keadaan dia mampu qadha' sebelum tu, maka wali dia DISUNATKAN qadha'kan har-hari yang ditinggal oleh si mati.
Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda
"Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang tidak diqadha', maka walinyalah yang berpuasa bagi pihaknya" - (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Sekiranya tiada seorang pun nak ganti puasa dia, wajib keluarkan satu cupak makanan dari harta pusaka dia. Kalau harta pun tiada, orang lain boleh keluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
Abu Dawud telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
"Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadhan, kemudian dia meninggal dunia dan dia tidak berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya"

2. Orang yang terlalu tua dan pesakit yang tiada harapan untuk sembuh
  • Wajib bersedekah satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan
Firman Allah bermaksud:
"Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin".
- Al Baqarah, ayat 184
  • Orang sakit tiada harapan sembuh dan orang tua yang tak mampu puasa hukumnya sama.
3. Perempuan hamil (kalau ada jantan kata dia hamil, ketuk kepala dia!) dan menyusukan anak.
  • Wujud mudharat kalau berpuasa, samada pada diri sendiri atau kandungan atau anak yang disusukan maka boleh berbuka dan qadha' sebelum datang Ramadhan akan datang dan secupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Dari Anas bin Al Ka'bi r.a, daripada Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengangkat puasa orang yang musafir (boleh berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqasarkan solatnya) dan diangkat puasa daripada perempuan yang hamil dan sedang menyusukan anak".
- (Riwayat Titmizi dan Abu Dawud)
Fidyah: Memberi makan kepada orang-orang fakir dengan secupak makanan asasi. Perkara ini bertambah dengan bertambahnya tahun. Secupak = 600 gram.

Wali: Kaum kerabat



sebenarnya byk lagi perkara..tp tak apa, kita ambil 20 dahulu.





Cara yg kelapan langgar sampai lenyek kepala peragut tu jgn tiru plak hahahaha